Sunday, May 23, 2010

PENDAHULUAN
Pekeliling pentadbiran awam adalah sebagai suatu panduan kepada penjawat-penjawat awam di seluruh Malaysia. Panduan berikut menjadi penentu dan arah tuju dalam pentadbiran awam supaya terus mencapai tahap yang tertinggi.Oleh sebab itulah pekeliling-pekeliling ini akan sentiasa dikemaskini atau diperbaharui dari masa ke semasa.
Tidak dapat dinafikan bahawa pihak yang tidak menurut patuh kehendak pekeliling dianggap sebagai mereka yang ingkar perintah. Oleh itu penting bagi setiap anggota pentadbiran awam menjadikan pekeliling sebagai suatu yang perlu disematkan dalam ingatan. Pekeliling-pekeliling ini perlu disemai sebagai suatu budaya dalam diri penjawat awam yang telah berjanji patuh taat setia terhadap negara.
Sememangnyalah dalam pentadbiran awam disenaraikan pekeliling-pekeliling yang panjang lebar tetapi dalam hal ini kita akan membincangkan tentang salah satu pekeliling iaitu kumpulan meningkat mutu kerja yang menjurus kepada percambahan fikiran bagi melihat aspek peraturan-peraturan yang berkaitan.









Suasana yang tidak tegang sentiasa diwujudkan untuk menggalakkan pengeluaran idea. Dalam hal ini ada baiknya kita melihat apa yang dimaksudkan dengan suasana yang tidak tegang. Suasana yang tidak tegang adalah keamanan , kesunyian , kesepakatan dan kemakmuran. Oleh yang demikian ianya boleh dibahagikan kepada tiga elemen yang membawa kepada suasana yang tidak tegang penggalak kepada pengeluaran idea.

ELEMEN MANUSIA
Dalam hal ini manusia adalah peranan utama dalam menentukan sesuatu suasana sama ada tegang ataupun sebaliknya. Kalau diperhatikan pertelagahan atau perpecahan yang berlaku adalah disebabkan oleh lebih dari seorang manusia yang terlibat. Tidak mungkin berlaku suasana yang tegang sekiranya manusia itu berseorangan. Jadi manusialah yang boleh mencorakkan suasana berfikir.

Kaitan antara manusia , suasana tidak tegang dan idea boleh dilihat berdasarkan kepada beberapa perkara iaitu:
1.Hormat - Perlu ada dasar hormat-menghaormati dalam mencetuskan sebarang idea sama ada ianya bernas ataupun sebaliknya. Pihak yang mendengar idea perlu memberi laluan kepada pihak yang menyampaikan idea supaya dengan tenang dapat memperincikan ideanya. Banyak berlaku di mana ada pihak yang memberhentikan pengulasan idea berdasarkan dari faktor umur , kedudukan dan keintelektuannya. Kita perlu yakin dan percaya bahawa idea ini boleh datang dari sesiapa sahaja tidak kira latar belakangnya kerana manusia memang mempunyai akal yang ditujuankan untuk berfikir.
2.Bernas - Idea yang bernas atau sangat bernas akan menjadikan pihak yang mendengar idea itu tanpa ragu-ragu akan bersetuju. Sekiranya sesuatu idea itu tidak rasioanal atau membebankan , maka wujudlah pihak yang akan menjadikan suasana dalam mencambahkan idea menjadi tegang. Ini kerana pihak yang mengutarakan idea mempertahankan ideanya dan sebelah pihak lagi membantahnya. Bagi menjamin mutu idea yang baik dan berkesan , maka tidak dapat tidak perlu ada suatu penyelidikan dan pemerhatian yang jitu terhadap sesuatu perkara itu. Contohnya idea tentang meningkatkan kualiti kerja dan mutu penjawat awam. Pihak pemberi idea perlu menggunakan alatan-alatan seperti kajian tindakan , penyiasatan dan sebagainya.
3.Dipersetujui – Sesuatu idea itu perlulah mencapai kata sepakat dari pihak yang membincangkan idea. Sebaiknya jangan ada pihak yang tidak berpuas hati tentang idea yang diutarakan ini kerana tujuan idea itu adalah untuk kebaikan semua.Sebab itulah perkara yang demikian diistilahkan sebagai mesyuarat yang bermaksud mencari penyelesaian bagi sesuatu masalah tanpa ada ketegangan.

ELEMEN SUASANA
Dalam hal ini suasana yang bagaimana perlu dipilih dalam memastikan percambahan idea itu wujud secara harmoni.Suasana adalah sangat penting untuk mencerminkan idea yang akan diterjemahkan. Bagaimana mungkin sesuatu idea itu akan berkembang bernas dalam kedaaan atau kemudahan yang tidak memihak kepada pihak pencetus idea. Misalnya tempat mesyuarat atau berbincang itu sangat hangat , bising , gelap dan sebagainya. Sudah pasti pihak yang cuba mengeluarkan idea akan menumpukan pula pemikirannya kepada suasana yang membebaninya. Kita tidak perlu mengorbankan kehendak suasana jika ingin mematlamatkan idea yang bernas dan rasional.

Terdapat banyak faktor berkaitan suasana ini yang perlu dititikberatkan kerana ianya boleh menjejaskan sehingga ke peringkat negara. Contoh antarabangsa berkaitan tiada kesefahaman dalam mewujudkan suatu idea ialah krisis di Thailand di mana rakyat memberontak oleh kerana tidak dapat menerima idea-idea yang diutarakan oleh pemimpin. Dilihat bahawa ada pihak yang tidak meletakkan suasana itu penting supaya pihak yang mendengar idea menerimanya dengan sepenuh jiwa dan raga.

ELEMEN TEMPAT
Pengeluaran idea yang berkesan perlu melihat kepada tempat di mana pihak yang memikirkan idea itu berada. Tempat yang biasanya dikaitkan dengan kesesuaian faktor pengeluaran idea adalah seperti dalam bangunan, kawasan bukit, kawasan tepi laut dan sebagainya yang mesti bercirikan ketenangan dan kesunyian.Apabila minda telah dikawal oleh kedamaian tempat , maka pengeluaran idea dan penerimaannya akan menjadi suatu yang membatu menjadi asas kepada terciptanya hasil yang sangat memberansangkan.

Inilah mengapa pemilihan sesuatu tempat permesyuaratan itu perlu jauh dari hiruk-pikuk dunia sama ada luaran atau dalaman. Manusia pada dasarnya sangat memfaktorkan ketenangan sebagai pencetus dalam menjayakan sesuatu lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan idea. Lemah sesuatu idea itu bukan sahaja didasarkan kepada pemikir idea tetapi juga faktor-faktor sampingan yang sangat membingungkan.

Jika difahami dengan lebih mendalam lagi, jelas menampakkan bahawa percambahan idea yang dikaitkan dengan peraturan suasana yang tidak tegang sentiasa diwujudkan untuk menggalakkan pengeluaran idea perlu semaian yang sangat teliti dan tepat. Ini kerana idea boleh menjadi suatu yang ikhlas atau berkepentingan. Jadilah pemikir idea yang telus jujur kerana tiada apa yang lebih bernilai dari itu. Percayalah bahawa sesuatu idea yang jujur itu akan mudah mendapat kepercayaan dari pihak pendengar idea seterusnya menyokongnya bagi meletakkan idea itu sebagai suatu yang boleh diterjemahkan mengikut sewajarnya

Penjawat-penjawat awam khasnya, perlu menyediakan diri kepada pertambahan ilmu yang luas supaya tidak menjadi beban tanggungan dalam pengeluaran idea yang kelihatannya mudah tetapi sangat mencabarkan.Apabila demikian setiap idea yang didengari pula tidak akan menjadi suatu yang bebanan untuk diterima.

Saturday, January 16, 2010

Khasiat Halia
Membantu untuk menghadamkan makanan.
Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederhana.
Mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah.
Membantu untuk menguatkan tenaga jimak dan menambahkan air mani.
Membuang angin yang terdapat dalam usus-usus kecil dan besar.
Membuangkan kahak lendir yang melekat di bahagian halkum, jika halia itu dicampur dengan sedikit gula dan diminum dengan air panas.
Menghilangkan bau busuk mulut.
Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buahan atau sayuran bila sudah dimakan atau diminum. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang bermaksud:
"Dan mereka (ahli syurga) meminum di syurga satu gelas air yang campurannya dari halia."

Followers